Sukan

Padu TMJ bidas

Lakonan pemain Penang FC yang melambat-lambatkan permainan ketika aksi Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Kumbang itu turut mendapat perhatian pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Jelasnya, gaya permainan anak buah Tomas Trucha yang menggunakan kaedah ‘parking bas’ dianggap biasa dalam bola sepak namun sikap melengah-lengahkan aksi begitupun tidak disenangi Tunku Ismail.

Katanya di laman sosial, statistik perlawanan menunjukkan bahawa skuad kendalian Benjamin Mora hanya bermain selama 46 minit daripada 90 minit aksi sebenar, dengan baki 44 minit lagi buang begitu saja.

Malah, beliau turut mengecam tindakan segelintir penjaga gol dalam saingan Liga Malaysia yang akan terbaring selama tiga minit setiap kali menangkap atau menghalang percubaan striker lawan.

Parking bas ok. Tetapi ‘time wasting’ teruk. Bayangkan statistik menunjukkan kami hanya bermain selama 46 minit sahaja. Yang lain setiap sepuluh atau tujuh minit jatuh.

“Kita sahaja negara di mana setiap kali penjaga gol menyelamatkan bola, dia akan mengalami kec3deraan dan terbaring selama tiga minit. Sampai bila nak macam ni?” katanya.

Tunku Ismail turut mendedahkan taktikal bertahan itu sememangnya diarahkan Trucha selepas ia diakui pemain Penang FC sendiri.

“Apabila jurulatih kami bertanya kepada pemain import Penang, mereka cakap itu semua arahan dari jurulatih (Trucha). Mulai dari minit kelima hingga habis perlawanan. Kesian penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bola sepak,” katanya.

Dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim itu, taktikal bertahan oleh pemain Penang FC membuahkan hasil apabila skuad Harimau Selatan dipaksa bekerja keras sepanjang aksi.

Namun tuah nyata memihak tuan rumah apabila berjaya melakar kemenangan hasil jaringan tunggal Bergson da Silva pada minit ke-70 untuk menghadiahkan juara lapan kali berturut-turut Liga Super itu meraih tiga mata.

Lakonan pemain-pemain skuad Harimau Kumbang nyata menjadi dan ia termasuk tindakan tonggak pertahanan tengah, Rafael Vitor pada minit ke-34 apabila sengaja menjatuhkan badannya ketika striker import JDT, Moussa Sidibe jelas langsung tidak menyentuhnya.

sumber:- HM

Tindakannya itu ‘kantoi’ selepas ulang tayang di televisyen menunjukkan jelas tiada sebarang sentuhan sekali gus mengundang k3caman penyokong di laman sosial yang menganggap Vitor tiada semangat kesukanan.