Pengurusan Sri Pahang FC memohon maaf kepada Terengganu FC (TFC) susulan penundaan perlawanan yang dijadualkan malam ini, selepas skuad berkenaan disahkan p0sitif C0VID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata TFC sudah pun tiba di sini ketika keputusan yang diterima Sri Pahang pada 12 tengah hari, semalam.
“Kami mohon maaf kepada pasukan TFC yang sebenarnya mereka sudah pun sampai di Kuantan ketika keputusan PCR hanya diperolehi pada 12 tengah hari (semalam). Ia menyebabkan pasukan TFC terpaksa berpatah balik ke Kuala Terengganu,” katanya.
Mohammed Suffian berkata, hasil PRC semalam, sebahagian besar pemain dan pegawai didapati positif w@bak terbabit.
Katanya, semua pemain dan pegawai juga sudah mengambil sunt!kan d0s penggalak seperti yang ditetapkan prosedur operasi standard (SOP).
“Saya harap semua pemain dan pegawai yang positif akan sembuh segera dan kembali menjalani latihan,” katanya.
sumber:- BH
Akibat p0sitif C0VID-19, skuad Tok Gajah terpaksa menunda tiga perlawanan iaitu berdepan TFC, Selangor FC pada 8 Mac ini dan Manjung City (12 Mac).