Sukan

Sri Pahang tidak dapat turunkan barisan Utama

Biarpun berdepan masalah keced3raan dan tanpa beberapa tonggak import, Christophe Gamel mengharapkan Sri Pahang FC mencabar Terengganu FC (TFC) apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Darulmakmur, malam esok.

Aksi pembuka tirai buat Sri Pahang dan TFC itu sudah pasti menjadi perhatian bagi melihat sejauh mana persediaan pasukan dari Pantai Timur.

Justeru, Gamel yang mengakui tidak dapat menyenaraikan barisan pemain utama mahu mereka yang disenaraikan dapat beraksi cemerlang dalam tugasan yang diberikan.

Pemain yang akan bermain esok perlu mengambil tanggungjawab mereka dan menikmati permainan pada tahap terbaik.

“Dengan memberikan komitmen tinggi sepanjang perlawanan, pemain yang kali pertama diberi tanggungjawab akan mendapat keputusan dan pengalaman.

“Sebagai jurulatih, perancangan dan kerja sudah selesai, terpulang kepada mereka untuk memberikan yang terbaik tetapi saya percaya keupayaan mereka,” katanya.

Difahamkan, beberapa pemain termasuk import tidak dapat disenaraikan disebabkan belum pulih daripada kec3deraan.

Antara pemain itu ialah Mahmoud Za’tara dan Johan Martial serta Abdul Malik Mat Ariff.

Namun, Sri Pahang dijangka menyenaraikan penjaga gol import, Mamadou Samassa, Billy Ketkeophomphon dan Manuel Hidalgo.

sumber : HM

Kelebihan beraksi di laman sendiri sudah pasti dimanfaatkan skuad Tok Gajah sebagai motivasi jika berjaya menewaskan TFC.