Sukan

Waspadalah pertahanan pasukan Liga Super

Selepas berhempas pulas ‘bert3mpur’ dengan Bergson da Silva pada musim lalu kini pencabar lain perlu berdepan dengan anc@man terbaharu daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam bentuk Fernando Forestieri pula.

Pemain termahal Liga Super itu mengumumkan ketibaannya dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) menerusi gol menarik untuk membantu skuad Harimau Selatan membenam juara Piala Malaysia, KL City FC 3-0 pada aksi Piala Sumbangsih, semalam.

Malah, bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein turut memilih pengg3mpur yang pernah beraksi di Serie A bersama Udinese itu sebagai pemain terbaik pada aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Banyak pemain yang mencuri tumpuan seperti Forestieri yang memberi impak positif kepada JDT. Begitu juga Nazmi yang bukan sahaja dengan gol terapi pergerakannya serta kombinasinya yang sangat memuaskan dengan Leandro Velazquez dan Natxo Insa.

Bahagian pertahanan juga begitu tersusun tetapi jika saya mahu memilih seorang pemain terbaik, saya katakan Forestieri. Inilah pemain yang perlu dihadapi oleh pasukan lain pada musim ini

“Dia menunjukkan mengapa JDT membawanya ke Malaysia dan sudah tentu kita mahu melihat dia melakukan sedemikian dalam pentas Liga Juara Juara Asia (ACL). Satu lencongan yang menakjubkan daripada Forestieri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan terbabit, Syed Adney mengganggap kemenangan yang diraih anak buah Benjamin Mora memberi petanda bahawa mereka sudah bersedia untuk meneruskan dominasi dalam kancah Liga Super.

“Ini sesuatu yang kita jangkakan apabila liga sudah bermula. JDT menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk Liga Super. Mereka ada mentaliti yang mahukan kesempurnaan.Jadi mereka tidak mahu ada kesilapan di mana-mana bahagian.

Kemungkinan dua percubaan daripada KL City FC menjadi perkara yang negatif daripada mereka dalam perlawanan ini tetapi ia bukanlah perkara negatif yang terlampau besar.

Mungkin mereka akan melihat bagaimana mereka boleh membenarkan KL City FC mendapat peluang. Jadi mereka tidak boleh membenarkan perkara itu berlaku lagi. Selain itu, semuanya positif daripada mereka.

sumber:- BH

“Jika dilihat berdasarkan perlawanan ini, JDT menjadi antara pasukan yang perlu diberi saingan. Jadi pasukan lawan perlu bijak mencari kelemahan JDT,” katanya.