Sukan

Analisis kombinasi JDT ternyata paling terbaik

Mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Hj Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) selama lima tahun berturut-turut dari tujuh kali kemenangan yang di ciofa itu telah menunjukkan Johor Darul Ta’zim sudah bersedia untuk memulakan musim ini dengan lebih cemerlang.

Dengan menewasakan juara Piala Malaysia musim lalu Kuala Lumpur City FC dengan jaringan yang besar itu telah membuktikan bahawa JDT sebuah pasukan yang sudah lengkap dari semua bahagian dan akan terus membvru kejuaraan Liga Super musim ini serta bersedia untuk mencipta satu lagi catitan sejarah baru terutama di peringkat Liga Juara-juara Asia (ACL) nanti.

Kehadiran empat pemain import baru seperti Fernando Forestieri, Moussa Sidibe, Carli de Murga dan Bienvenido Maranon telah menambah kekuatan yang sedia ada di dalam pasukan JDT kerana kesemua pemain itu mempunyai kualiti tersendiri. Lihat sahaja peranan yang dimainkan Forestieri di bahagian s3rangan dan De Murga di bahagian pertahanan, dimana mereka begitu selesa dan memahami dengan falsafah bola sepak yang diwujudkan Harimau Selatan itu. Mereka juga telah menunjukkan persefahaman yang baik dengan pemain-pemain Harimau Selatan itu.

Kombinasi Forestieri bersama pemain tengah dan s3rangan begitu baik dimana mereka saling mengetahui apa yang perlu dilakukan terutama di dalam kawasan s3rangan. Perhatikan bagaimana permainan satu dua yang kerap dimainkan di antara Bergson dan Forestieri sehingga dia berjaya melakukan jaringan kedua JDT dan pertama peribadinya untuk Harimau Selatan. Bukan itu sahaja beliau juga seorang pemain yang mempunyai kepantasan serta cepat membuat keputusan yang tepat bagi melakukan hantaran atau membuka larian untuk memberi sokongan kepada rakan dan dengan keputusan itu akan memberi tekanan pada pertahanan lawan.

sumber:- SA

Kualiti pemain import beginilah yang akan menambah kekuatan yang ada pada Harimau Selatan dan dengan adanya mereka itu juga akan membantu meningkatkan tahap permainan pemain-pemain tempatan kerana mereka akan bersaing dengan sihat. Lihat sahaja bagaimana Nazmi Faiz Mansor yang sudah mula mencuri perhatian Bejamin Mora untuk diletakkan sebagai pemain utama. Dengan persaingan sihat itulah menonjolkan kembali keyakinan diri dan kreatifviti yang pada Nazmi. Kesempatan inilah yang perlu digunakan oleh pemain tempatan untuk menimba ilmu apabila sesebuah pasukan itu mempunyai pemain import yang berkualiti sebagaimana JDT yang berjaya menggekalkan rentak permainan mereka.