Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan bertindak sewajarnya susulan kekecohan penyokong di luar Stadium Sultan Ibrahim sebaik aksi merebut Piala Sultan Ahmad Shah berakhir antara tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City), di Iskandar Puteri, Johor malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sedang menunggu laporan keselamatan sebelum membuat tindakan susulan.

Jelasnya, buat masa ini beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana perlu meneliti laporan bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang insid3n berkenaan.

Ya, saya sudah melihat video itu tetapi tidak jelas buat masa ini. Bagaimana, mengapa atau siapa yang menyebabkan kejadian sedemikian dan adakah perkara ini adalah pert3ngkaran terpencil atau sebagainya.

MFL sedang menunggu laporan keselamatan lanjut dari malam itu dan kami akan bertindak sewajarnya setelah kami mengetahui butiran lanjut.

“Buat masa ini sukar untuk mengulas tanpa banyak fakta mengenai insid3n ini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Dalam insid3n kekecohan yang tular di laman sosial itu, didapati sekumpulan penyokong memb@kar dan membaling svar ke arah satu lagi kumpulan penyokong yang mungkin mendatangkan b@haya kepada pengunjung yang hadir.

Dalam perlawanan sumbangsih itu, JDT gah mempertahankan trofi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) itu buat kali kelima berturut-turut selepas menewaskan KL City 3-0.

sumber:- HM

Tiga gol skuad Harimau Selatan yang juga juara Liga Super musim lalu itu diraih menerusi Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-26 sebelum Fernando Forestieri (minit 31) dan Afiq Fazail (minit 84) menambah derita KL City yang muncul juara Piala Malaysia musim lalu itu.