Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora mengakui bukan mudah untuk menjinakkan Kuala Lumpur City FC (KL City) selepas menang 3-0 dan mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Mora berkata, skuad kendalian Bojan Hodak tetap beri tekanan terutama di awal babak kedua dan nyaris mereka menjaringkan gol.
Bagaimanapun dia gembira dengan persembahan pemainnya apabila mereka tahu apa yang perlu dipraktikkan dan tampil dengan semangat juang yang tinggi.
Pemain ada sikap mahu menang, sikap mahu beri saingan dan semua itu penting, malah kami tahu KL City FC tidak akan membiarkan kami menguasai permainan dan mereka juga beri tekanan menerusi s3rang balas yang pantas untuk memerangkap kami.
Sebelum perlawanan kami melakukan analisis mengenai corak permainan KL City FC yang gemar menunggu dan pantas membuat s3rangan balas, namun mereka gagal memecah benteng JDT yang sudah bersedia untuk menghalang apa jua s3rangan daripada pasukan itu.
sumber:- BH
“Saya juga berpuas hati dengan penampilan pertama Fernando (Forestieri) yang tidak kekok beraksi sepanjang 90 minit dan dia berjaya menjaringkan salah satu gol untuk membantu JDT menang pada perlawanan itu,” kata Mora.