Akaun Instagram rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bukannya dis3rang habis-habisan oleh warganet negara sendiri susulan kekalahan mengaibkan di tangan Laos pada aksi peringkat kumpulan Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja malam tadi sebaliknya menjadi bahan ‘troll’ penyokong tegar negara jiran.

Semuanya gara-gara kekhilafan satu akaun Instagram dikenali sebagai malayantiger.co yang memperlekehkan Indonesia kerana menarik diri disebabkan beberapa pemainnya p0sitif C0vid-19 selain mengalami kec3deraan.

Hantaran di akaun itu lebih 10 hari lalu memuatkan berita ‘Indonesia batal ikuti kejohanan Piala AFF B-23 kerana 7 pemain p0sitif Covid, 4 reaktif, 3 alami kec3deraan’ dengan komen “lemah, populasi 270 juta, yang sakit 14, ganti je la”.

Ketika skuad muda negara tiba di Phnom Penh, catatan di akaun itu “Sang Juara dah tiba di Kemboja” turut mendapat cemuhan daripada warganet negara jiran.

Tidak cukup dengan itu, kejayaan pasukan badminton lelaki negara menjuarai Kejohanan Berpasukan Asia di Shah Alam dengan menundukkan Indonesia 3-0 Ahad lalu turut menjadi bahan pentadbir akaun itu dengan catatan “baik undur diri dari awal je macam bola sepak” sekali gus mencetus kemarahan warganet Garuda.

Komen mereka agak terhad kerana disekat oleh pentadbir akaun namun mereka mendapat peluang terbaik selepas skuad muda negara kendalian Brad Maloney gagal mara ke separuh akhir kejohanan itu apabila tewas 1-2 pada perlawanan pertama dan 0-2 pada aksi kedua malam tadi.

Dua perkongsian FAM mengenai keputusan muktamad perlawanan dan kedudukan carta Kumpulan B yang hanya menampilkan Malaysia dan Laos susulan penarikan diri Indonesia dan Myanmar, menyaksikan sejumlah 1,340 dan 1,299 komen dengan hampir 80 peratus daripadanya komen balas warganet republik itu.

Rata-rata mereka menghentam keputusan perlawanan itu dengan komen menyindir “puncak komedi”, “badut Asean”, “nonton Laos latihan”, “Malaysia kalah sama Laos”, “sang juara telah pulang wkwkwk”, “ngakak jilid 2” dan “gila Malaysia cuma kalah 0-2 lawan Laos.”

Menariknya, pemain Harimau Malaya, Akhyar Rashid @akhyarrashid_22 turut melontarkan komen: “Jiran sebelah beria nak mampuih” lalu dibalas warganet negara jiran “salahin si Jepri (difahamkan nama pentadbir akaun malayantiger.co) wkwk”.

Tinjauan di akaun rasmi Instagram penyokong atlet kebangsaan Team Malaysia @teammsia, mendapati lebih banyak komen daripada penyokong sukan tempatan namun kebanyakan komen dibalas dengan sindiran sinis warganet Garuda.

“Dari skuad senior, sampai la B23… jadi bahan gelak negara jiran je, dana RM10 juta, kita tunggu AFF hujung tahun ini,” komen @shairaziahmad96 manakala @farrisjusof berkata: “Boleh serius sikit tak FAM mana-mana kejohanan dipandang penting. Sepatutnya dana kerajaan bagi tu bagi dekat hoki. Piala Dunia juga kita pergi.”

Peminat @therealzaxq_ berkata: “terbawa-bawa DNA back pass sampai ke skuad muda” dibalas @riina.aziz “back pass tu dah jadi darah daging agaknya” manakala @librabluegreen23 memberi komen: “Bawa sampai depan dan tiba-tiba back pass. Sampai habis Covid tak gol.”

Seorang lagi @amin_pexk menulis: “Banyak yang perlu dibaiki? Dari tahun 2010 punya ayat entah apa nak dibaiki. Sukan bola sepak dekat malaysia finished” dan @mezar_evo mempersoalkan sampai bila mahu melakukan eksperimen.

sumber:- HM

Akaun Instagram dikenali sebagai @malaysiafootballleague pula memberi komen panjang lebar: “Prestasi yang paling teruk dalam peringkat B-23. Tiada semangat, gameplay atau leadership. Pertahanan tiada komunikasi, midfielder tiada kreativiti. Striker tak buat larian. Laos hanya tunggu counter attack dan jaringkan gol. Balik awal adalah pilihan betul.”