Sukan

Bukan mudah namun sedia hadap JDT

Juara Piala Malaysia musim lalu, KL City FC berharap dapat memulakan musim ini dengan langkah kanan apabila akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 26 Februari ini bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Pertahanan KL City, Muhammad Mohd Faudzi bagaimanapun menjelaskan dia dan rakan sepasukan yang lain sedar bukan tugas mudah untuk menentang skuad Harimau Selatan yang juga juara Liga Super lapan kali berturut-turut.

Bagi perlawanan Sumbangsih, kami mengharapkan permulaan yang positif biarpun sedar bukan mudah untuk bertandang di Stadium Sultan Ibrahim.Melalui persiapan yang sudah dilakukan oleh jurulatih, saya yakin pasukan boleh mendapat rentak sebenar sebelum perlawanan dengan JDT.

“Di atas kertas, JDT mungkin pasukan pilihan tetapi kami juga dahagakan kejayaan bagi meneruskan kecemerlangan yang dibina sejak musim lalu,” katanya.

Selain itu, bekas pertahanan Terengganu FC (TFC) itu berkata, hasrat mahu mencabar diri serta keluar dari kepompong selesa menjadi faktor utama dia memilih bersama KL City pada musim ini.

Walaupun sedar saingan lebih hebat bagi merebut tempat, Muhammad optimis pilihannya bersama pasukan KL City adalah tepat dalam mengembangkan kariernya.

Memang ini pertama kali saya bermain di luar Terengganu untuk peringkat senior tetapi ia bukan satu masalah besar kepada saya untuk cepat menyesuaikan diri.

sumber:- BH

“Segalanya berjalan dengan baik setakat ini dalam usaha mencari keserasian bersama rakan sepasukan dan berusaha meraih tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.