Sukan

Saya tidak peduli pemain tempatan atau Naturalisasi — Pan Gon

Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan Gon menegaskan dia akan melakukan pemilihan terbaik terhadap pemain yang akan mengalas tugas bersama skuad Harimau Malaya.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata dia tidak penduli mengenai status mana-mana pemain sama ada pemain tempatan, berdarah campuran atau naturalisasi.

Sebaliknya, bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu berkata kriteria pemilihan pemain adalah lebih kepada mereka yang mampu menyumbang impak positif terhadap skuad negara.

Saya tidak peduli sama ada pemain tempatan atau naturalisasi. Tapi saya akan memilih yang terbaik untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.

“Beberapa minggu lalu saya menonton perlawanan Malaysia dan saya boleh lihat kita mampu membentuk semangat berpasukan yang kuat,” katanya pada sidang media memperkenalkan beliau sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Selain itu, Pan Gon berkata dia akan cuba membentuk skuad Harimau Malaya berdasarkan corak permainannya sendiri tanpa mengikuti apa yang dilakukan dua lagi pengendali Korea Selatan, Shin Tae Yong dan Park Hang Seo di Indonesia dan Vietnam.

Malah, dia turut menjelaskan akan cuba memahami budaya di Malaysia dan berharap dapat bekerjasama dengan baik dengan semua pihak yang terbabit dalam bola sepak negara ini.

Secara peribadi saya sangat mengenali dua jurulatih Korea ini (Tae Yong dan Hang Seo) yang menunjukkan prestasi baik di Asia Tenggara dan saya sangat menghormati mereka.

sumber:- BH

“Tapi saya adalah diri saya dan akan membentuk sejarah bola sepak di sini selain mahu membawa keputusan yang positif untuk rakyat Malaysia,” katanya.