Sukan

MFL bayar balik duit

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bayaran duit pengadil berjumlah RM79,286.68 yang didahulukan oleh Kelantan FC akan dibayar semula kepada pasukan itu pada hujung bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam berkata, urusan mengenai pembayaran terbabit sudah diselesaikan antara unit kewangan MFL dan juga unit kewangan pasukan ‘The Red Warri0rs’ (TRW).

Unit Kewangan MFL sudah menerima surat dan dokumentasi yang diperlukan dari Kelantan FC. Dengan penyelarasan daripada dua unit terbabit, urusan ini memakan masa beberapa hari.

Perkara ini sudah diselesaikan dan proses bayaran akan dibuat hujung Februari ini. Jadi, MFL melihat tiada lagi perkara berbangkit mengenai isu ini, katanya ketika dihubungi BH Sukan.

 

Terdahulu, pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman mempersoalkan MFL selepas pengendali liga itu belum melunaskan hutang berjumlah RMRM79,286.68 kepada pasukan itu.

Bayaran itu adalah pendahuluan yang dilakukan Kelantan untuk pengadil bagi musim lalu, namun ia masih lagi belum diterima pasukan itu sehingga ke hari ini.

Match (perlawanan) tahun lepas dah habis, duit referee (pengadil) Kelantan FC dah dibayarkan dahulu. Tetapi sampai hari ini sesen pun tak dapat. Bang duit tu RM79,286.68, cukup dah untuk sebuah kelab swasta ni tampung perbelanjaan budak-budak belia.

“Persoalannya, apa FAM baik MFL takda ke system rekod (rekod sistem) yang terus perlu bayar balik ke kelab selepas advance (pendahuluan) dibuat. Apa payable account policy (polisi pembayaran akaun) yang MFL ada?

sumber:- BH

“Berapa hari sepatutnya bayar semula kepada kelab?? Ini dah nak masuk Mac 2022, duit tak masuk lagi,” katanya.