Sukan

Aksi pantas lawan susahkan skuad Negara

Kepantasan yang dimiliki skuad bawah 23 tahun (B-23) Myanmar dilihat mampu ‘menyusahkan’ skuad negara pada pertembungan Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, esok.

Justeru, kapten skuad B-23 negara, Aiman Afif Afizul mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak mengambil mudah cabaran anak buah Velizar Popov pada pertemuan di Stadium Prince itu.

Saya tidak pernah bertemu Myanmar sebelum ini tetapi kita tahu kualiti mereka dan mereka pemain yang laju. Jadi, pemain perlu bersiap sedia untuk turun beraksi esok.

“Kita perlu memberikan 100 peratus dalam setiap perlawanan dan tidak boleh ambil mudah dengan siapa pun yang kita lawan,” katanya.

 

Dalam masa sama, Aiman mengakui bersedia jika perlu kembali beraksi di bahagian tengah sekiranya itu yang dimahukan oleh pengendali, Brad Maloney bagi aksi pertama itu nanti.

Pemain berusia 21 tahun itu berkebolehan sebagai pemain utiliti kerana boleh beraksi di beberapa tempat seperti pertahanan tengah, pemain tengah mahupun striker.

sumber:- BH

“Saya memang pemain tengah, jadi saya rasa tidak ada masalah untuk kembali di posisi itu,” katanya.