Sukan

Zamburger sekolahkan balik FAM

“Pihak FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) hanya tahu denda, denda dan denda. Kesilapan sendiri tak pernah tengok”.

Itu dakwaan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman apabila kelabnya bakal didenda oleh FAM kerana menarik diri daripada kempen Piala Belia pada musim ini.

Jelas Norizam atau lebih dikenali dengan ‘zamburger’, pihaknya ada menghantar permohonan penarikan diri bagi saingan Piala Belia atas faktor kekangan kewangan.

Katanya, alasan utama penarikan itu adalah kerana badan induk itu didakwa lambat menyelesaikan tunggakan pembayaran pengadil perlawanan berjumlah RM79,286.68.

Alasan, saya sendiri dah beritahu kita tak dapat hantar sebab FAM sendiri lambat bayar duit ‘referee’ yang dah kelab Kelantan FC lunaskan bagi pihak MFL (Liga Bolasepak Malaysia) tahun lepas.

“Fokus utama pada yang utama, ‘Most important most urgent, Most Important not urgent’…perlu lihat keadaan dan utamakan yang utama.

Alhamdulillah, Kelantan FC semua gaji pemain tahun lepas semua dibayar. Tak ada isu kewangan. Isunya adalah Kelantan FC wajib dan mesti dengar apa FAM suruh lakukan, tetapi FAM tak perlu dengar apa masalah kelab Kelantan FC.

Dia (FAM) tak faham yang Stadium tak ada orang masuk, pendapatan kurang dan kelab perlu uruskan ‘cashflow’ dengan bijak.

“Tetapi aksi tahun lepas dah habis, duit ‘referee’ Kelantan FC dah dibayarkan dahulu. Tetapi sampai hari ini sesen pun tak dapat. Bang (FAM) duit tu RM79,286.68 cukup dah untuk sebuah kelab swasta ini tampung perbelanjaan budak-budak belia,” katanya di laman sosial Facebook miliknya.

Malah, beliau juga mempersoalkan polisi dan sistem yang diamalkan FAM dan MFL terutama berkenaan pembayaran kepada pengadil.

Persoalannya, apa FAM baik MFL tak ada ke sistem rekod yang terus perlu bayar balik ke kelab selepas ‘advance’ dibuat. Apa ‘payable account policy’ yang MFL ada?.

sumber:- HM

“Berapa hari sepatutnya bayar semula kepada kelab? Ini dah nak masuk Mac 2022, duit tak masuk lagi,” katanya