Sukan

Bukan pilihan, nak bereksperimen

Ketiadaan juara bertahan, Indonesia yang menarik diri daripada Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020 susulan C0VID-19 tidak bermakna Malaysia akan menjadi pasukan pilihan pada temasya itu.

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney menegaskan dia tidak menganggap anak buahnya sebagai pasukan pilihan memandangkan mereka turun ke Kemboja dengan misi untuk melakukan ‘eksperimen’.

Kami mahu menguji banyak pemain baharu jadi saya tidak tahu kenapa anda katakan kami (Malaysia) adalah pasukan pilihan dan akan ke separuh akhir.

“Ada pemain yang dibawa kali ini akan beraksi buat kali pertama di peringkat antarabangsa dan kejohanan ini akan memberikan peluang terbaik untuk mereka mendapat pendedahan sebegitu,” katanya.

Sebagai rekod, skuad B-23 akan berentap dengan dua pasukan sahaja dalam Kumpulan B susulan ketiadaan Indonesia yang terpaksa menarik diri apabila tujuh pemain dan seorang pegawai pasukan mereka disahkan positif C0VID-19.

Malaysia akan membuka tirai berdepan Myanmar pada Selasa sebelum aksi kedua menentang Laos pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Maloney juga beranggapan Malaysia tidak memiliki kelebihan sekalipun hanya akan turun beraksi dalam dua perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Prince itu.

Kita bermain dalam dua perlawanan awal dan tidak seperti pasukan lain yang ada bermain sebanyak tiga perlawanan. Namun saya tidak lihat ini (main dua perlawanan) memberi kelebihan kepada kita dalam peringkat kumpulan.

Kalau kita bermain kurang perlawanan berbanding pasukan lain, mungkin ini akan memberi kesukaran kepada kita daripada segi kecergasan dan sebagainya.

sumber:- BH

“Tetapi sasaran kami tetap jelas iaitu perlu mengungguli kumpulan untuk layak ke peringkat seterusnya. Tiada apa yang berubah walaupun hanya sekadar beraksi dalam dua perlawanan,” katanya.