Sukan

Ramai yang terlibat lebih berat berbanding individu

Pemain yang terbabit dalam pergadvhan ketika aksi Piala Menteri Besar Terengganu antara Terengganu FC II (TFC II) dan Penang FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin boleh dikenakan penggantvngan.

Itu antara hukuman yang pernah dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini ke atas pemain yang terbabit dengan insid3n pergadvhan atau berkelakukan g@nas di atas padang.

Bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan bahawa hukuman lebih ringan akan dikenakan kerana ia hanya membabitkan aksi persahabatan atau kejohanan pra musim yang mana bukan di bawah penganjuran FAM.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah menjelaskan pasukan tuan rumah, TFC juga mungkin berisiko dikenakan tindakan susulan daripada insid3n memalukan itu.

Biasanya kalau pergaduhan membabitkan ramai pemain, ia lebih berat (hukuman) berbanding hanya babitkan seorang pemain. Saya pun tak tahu bagaimana peraturan tatatertib sekarang ini, tapi FAM pasti akan ikut peraturan yang ada.

Saya rasa tegas memang tegas, tapi mungkin lebih kepada memberi kesedaran sebab ini perlawanan persahabatan. Walaupun persahabatan, tapi kalau direstui oleh FAM, sistem itu tetaplah sama dengan Liga Super atau Liga Perdana.

“Semua (yang terbabit pergaduhan) akan kena termasuk pasukan tuan rumah, bukan sahaja pemain. Apa yang pasti FAM akan kaji semua sebelum buat keputusan termasuk tahap keselamatan yang disediakan tuan rumah untuk pertandingan itu,” katanya kepada BH Sukan.

Pada 2018, tiga pemain bola sepak Terengganu dan Johor yang didapati terbabit dalam insid3n pergaduhan pada aksi di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak dikenakan penggantvnggan tiga perlawanan termasuk satu secara automatik.

Sementara itu, pada Disember tahun lalu, bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim digantvng tiga perlawanan selepas didapati melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM atas tindakan berkelakuan g@nas menanduk muka pemain lawan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara JDT dan TFC di Stadium Sultan Ibrahim.

BH Sukan semalam melaporkan FAM akan menyiasat insid3n pergaduhan membabitkan pemain TFC II dan Penang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan pihaknya akan meneliti laporan daripada pegawai perlawanan sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib.

sumber:- BH

Beliau turut menegaskan mana-mana individu atau pemain yang terbabit dalam insid3n itu tidak akan terlepas walaupun ia hanya membabitkan aksi persahabatan atau kejohanan pra musim.