Sukan

Malang menimpa skuad bawah 23 Negara

Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara menerima tamparan hebat apabila kehilangan empat pemain dengan salah seorang disahkan po0sitif C0vid-19 selepas ujian sar!ngan pantas (RTK) Antigen dilakukan semalam.

Pengesahan itu dibuat pengendali negara, Brad Maloney yang mengakui situasi serba kelam kabut itu dengan Safwan Mazlan dari Terengganu FC sudah diarahkan untuk dikuarint!n.

Manakala berdasarkan tinjauan, tiga lagi pemain yang tidak bersama pasukan adalah tonggak dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Alif Mutalib, Umar Hakeem dan T Shaheeswaran yang pulang bersama pasukan kerana komitmen kelab.

Begitupun, Maloney segera menampung ketiadaan empat pemain terbabit dengan memanggil empat tonggak utama Selangor FC II iaitu penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan tiga pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini serta Harith Haiqal Adam Afkar.

Bagaimanapun, senario semasa itu tidak mencemaskan Maloney yang percaya persiapan pasukannya masih berada di landasan yang tepat ketika saingan Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja hanya tinggal lima hari bermula Isnin ini.

Sebahagian daripada protokol apabila semalam kita buat ujian RTK ke atas semua pemain, dan didapati seorang pemain terkena . Jadi kita asingkannya daripada pasukan dan pegawai pervbatan sudah mengikut prosedur biasa dan pemain itu dan yang lain sudah membuat ujian PCR pada pagi ini.

“Hanya seorang saja dan semua pemain masih menunggu keputusan ujian PCR yang dibuat pagi ini, dan kami masih menunggu keputusan babitkan semua pemain,” katanya.

Di Kemboja nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan akan memulakan kempen men3ntang Myanmar di Stadium Prince pada 15 Februari ini.

Anak buah Maloney kemudian akan bertemu Laos pada 18 Februari di venue sama sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi berdepan Indonesia di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Februari.

sumber:- HM

Tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Februari.