Sukan

Tomas Trucha akui masih belum cukup

Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha mengakui skuadnya memerlukan seorang lagi tenaga import baharu di jentera s3rangan bagi memastikan impiannya untuk menjadi pencabar terkuat Liga Malaysia (Liga M) musim ini tercapai.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Republik Czech itu berkata, keputusan itu terpulang kepada pihak pengurusan sama ada sedia membawa masuk pemain import kelima pasukan ataupun sebaliknya.

Sebelum ini pemain kelahiran Lubnan, Hilal El-Helwe, disebut-sebut bakal mengisi kuota pemain import Asia pasukan Harimau Kumbang itu.

Terpulang kepada pihak pengurusan untuk membawa masuk pemain itu (Hilal). Saya tidak mahu berbohong, tapi saya tidak dapat untuk bercakap benar. Apa pun kami memang memerlukan pemain import berkualiti untuk menambah lebih kekuatan di posisi itu bagi membantu penjaring terbanyak, Casagrande (Anselmo Arruda da Silva) di jentera s3rangan.

Lagipun sebahagian besar tonggak musim lalu sudah tidak bersama kami sekali gus memberi cabaran besar buat saya untuk mencari formasi yang terbaik untuk membentuk pasukan musim baharu ini.

Tekanan pasti lebih tinggi, namun pada masa sama kami perlu realistik dan memberikan yang terbaik dengan barisan pemain sedia ada kerana kami tidak mahu bergelut di zon penyingkiran, sebaliknya jika berpeluang merebut kedudukan enam teratas.

“Buat masa ini kami ada 28 pemain yang berpeluang merebut tempat dalam kesebelasan utama, mana-mana pemain yang berjaya menyajikan persembahan terbaik akan dapat berada dalam pasukan, ” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan pertama menentang Terengganu FC (TFC) dalam Kejohanan Empat Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam tadi.

Gol TFC disempurnakan striker kelahiran Liberia, Kpah Sherman pada minit ke-15 manakala gol penyamaan pelawat hasil sepakan penalti Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-51.

Trucha berkata, pemain pertahanan kacukan Filipina-Itali, Christian Rontini akan menyertai latihan bersama pasukan itu tidak lama lagi sebaik tamat tempoh kuarant!n wajib.

sumber:- HM

“Pemain pertahanan itu bakal mengiringi tiga lagi tonggak import iaitu Casagrande, Endrick Dos Santos dan Rafael Vitor dalam misi getir mempertahankan kedudukan ketiga Liga Super yang diraih tahun lalu,” kata jurulatih yang digelar ‘Jurgen Klopp Malaysia’ itu.