Sukan

JDT kejutkan Jaguh Eropah

Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan bahawa mereka pasukan lebih mantap berbanding musim lalu apabila berjaya mengikat kelab ternama Russia, Spartak Moscow 1-1 pada aksi persahabatan, sebentar tadi.

Walaupun sekadar aksi persahabatan, ia pasti menjadi keputusan yang positif buat anak buah Benjamin Mora yang akan bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Keputusan itu juga menyaksikan Harimau Selatan meraih satu kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan sepanjang lima aksi pramusim mereka di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

sumber:- BH

Kemenangan tunggal dirakam JDT ketika menewaskan kelab UAE, Shabab Al Ahli 1-0 manakala seri berdepan MSK Zilina (2-2), Riga FC (1-1) dan Spartak Moscow (1-1) selain tewas 0-2 di tangan satu lagi kelab Russia, Rodina Moscow.