Sukan

Lee Tuck sedia balas

Lee Tuck sedia membalas budi kelab dan pasukan kebangsaan sekiranya dia didaftarkan sebagai pemain import Sri Pahang pada musim ini.

Pemain kelahiran England itu sudah beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) sejak berkelana ke Negeri Sembilan pada 2017 sebelum beralih ke Terengganu, semusim kemudian.

Tuck, bagaimanapun, tidak dapat menawarkan maklumat lanjut mengenai status pendaftarannya kerana tidak dihubungi sesiapa, sebaliknya fokus kepada persiapan pra-musim Sri Pahang dalam Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Terengganu ketika ini.

“Saya tidak perlu risau tentang sesuatu yang di luar kawalan.”Saya cuma mahu beraksi tanpa mengira (status) sebagai pemain tempatan mahupun luar.

Tapi sebagai pemain tempatan, tekanannya pasti lebih tinggi kerana anda perlu membalas budi kelab dan negara.

“Saya akan dakap panggilan untuk skuad kebangsaan. Tapi jalannya masih panjang,” katanya.

Sambil itu, pemain tengah tersebut berharap mampu menjelmakan reputasi sebenarnya dalam musim keduanya di Sri Pahang — yang kini dibimbing (Christophe Gamel) — selepas menyertai Tok Gajah pada musim lalu.

Begitupun, dia hanya bertahan separuh musim sebelum dipinjamkannya ke seteru Pantai Timur itu.
Menerusi Kejohanan Empat Penjuru yang membabitkan dua pasukan tuan rumah, Terengganu, dan Penang itu, mereka perlu tekankan elemen sepasukan selepas ‘cukup-cukup makan’ untuk kekal dalam Liga Super.

“Saya sentiasa bersedia sejak musim lalu lagi, cuma kami tidak serasi.
“Sri Pahang mempunyai ramai individu berbakat tapi kalau tidak mampu beraksi baik sebagai pasukan, keputusannya pastinya tidak bagus.

“Ia akan memberi kesan kepada persembahan individu juga.”Itu yang sedang dijalani kami sebagai persediaan musim ini.

sumber:- SA

“Jurulatih baru sedang membentuk persefahaman, kombinasi dan etika sepasukan,” katanya.