Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyangkal ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, dan penolong jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, menjadi pilihan utama untuk membantu Kim Pan-gon membentuk pasukan Harimau Malaya yang bakal berwajah baru.

Kedua-dua bekas pemain kebangsaan itu langsung tidak menawarkan diri. Malah, tidak seperti lazimnya, sosok penolong jurulatih tempatan itu kelak mungkin individu yang cukup berpengalaman dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Justeru, nama bekas pengendali kelab Liga Super, Melaka United, iaitu Zainal Abidin Hassan turut dikatakan mendapat perhatian badan induk itu.

“(Dia) Pan-gon akan bawa barisan pembantu jurulatihnya sendiri dan juga meminta seorang jurulatih tempatan untuk membantunya.“Cuma mereka yang menyerahkan surat penawaran sahaja yang akan dinilai.

“Kami tidak tetapkan kriteria, terpulang kepada Kim sendiri yang akan menentukannya,” kata Setiausaha Agung FAM, Mohamad Saifuddin Abu Bakar.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sedia bekerjasama dan membuka pintu demi perkembangan karier jurulatih.
Begitupun, minat itu haruslah datang bentuk hitam putih.

“Kami sentiasa memberi ruang untuk jurulatih mengembangkan karier mereka.

Kalau Nidzam percaya panggilan daripada FAM baik untuknya, kami tidak halang.

sumber : SA

“Tapi setakat ini tiada tawaran rasmi, Nidzam adalah arnggota penting dalam pasukan Selangor ketika ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FAS, Dr Johan Kamal Hamidon.