Persediaan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara boleh dikatakan agak terganggu apabila perancangan untuk mengadakan siri perlawanan persahabatan membabitkan pasukan negara lain terpaksa dilupakan atas faktor kesuntukan masa dan pand3mik C0vid-19.

Menurut Pengendali Skuad B-23 negara Brad Maloney berkata, dua perlawanan persahabatan yang dirancang membabitkan pertemuan dengan pasukan Brunei dan Singapura dibatalkan dan digantikan menerusi aksi pemanas badan bersama kelab Liga Malaysia.

Beliau berkata, anak buahnya akan mengharungi dua perlawanan persahabatan membabitkan Sabah FC dan Kuala Lumpur City FC dalam usaha menyiapkan barisan pemain yang mantap bagi mengharungi Kejuaraan B-23 AFF 2020 di Kemboja, dua minggu lagi.

Pada peringkat awal memang perbincangan mahu mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara sebagai persediaan menjelang kejohanan itu.

Namun, kita perlu memikirkan beberapa faktor antaranya kesuntukan masa dan juga pand3mik Covid-19 menyebabkan perlawanan persahabatan dengan negara lain terpaksa dilupakan.

“Situasi berkenaan tidak menjadi masalah kerana pasukan B-23 akan men3ntang Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC sebelum senarai akhir pemain diumumkan,” katanya.

Terdahulu, mengikut perancangan awal skuad B-23 negara akan diuji menerusi tiga perlawanan persahabatan membabitkan pasukan Singapura, Brunei dan Sabah FC namun terpaksa diubah pada saat akhir atas faktor tertentu.

Mengikut rekod, Ketika ini, skuad B-23 negara berada dalam momentum terbaik untuk menebus kehampaan skuad ‘abang’ yang terkandas di peringkat kumpulan B, Piala AFF di Singapura bulan lalu.

Prestasi pasukan muda negara dilihat pada tahap terbaik selepas layak secara merit ke Piala Asia B-23 selepas muncul juara kumpulan di peringkat kelayakan yang dilangsungkan di Mongolia pada Oktober lalu.

Berdasarkan jadual tugasan membabitkan skuad B-23 untuk tahun ini, anak didik Maloney itu bakal menyertai sekurang-kurangnya empat pertandingan terbesar bermula dengan saingan Piala AFF B-23 di Kemboja.

sumber:- HM

Ia kemudian diikuti dengan temasya Sukan Sea di Vietnam pada Mei, disusuli pusingan akhir Piala Asia di Uzbekistan dalam bulan Jun sebelum diakhiri dengan saingan Sukan Asia di Hangzhou, China, September depan.