Sukan

Endrick bertuah rasai dua kali kejuaraan di Malaysia

Pemain tengah import Penang FC, Endrick dos Santos mengakui prestasinya bersama Penang FC adalah yang terbaik sepanjang berada dalam kancah Liga Malaysia sejak 2018.

Jelas Endrick, sejak hadir ke Malaysia pada tahun 2018, dia berpeluang untuk merasai gelaran juara sebanyak dua kali iaitu ketika bersama Felcra FC dan Penang FC selaku juara Liga Perdana pada musim 2018 dan 2020.

Justeru, pemain berusia 25 tahun ini menyifatkan kehadirannya ke Malaysia ibarat langkah kanan untuk mencipta nama seiring dengan kejayaan yang diperoleh sejak bersama Felcra FC, Selangor FC dan kini Penang FC.

Betul, bagi saya yang terbaik adalah di Penang sebab saya dah berada di sini untuk tahun ketiga.

Tetapi, saya juga melakukan tugas yang baik di Selangor sebelum ini, jadi dua tahun saya pernah beraksi dalam pasukan Liga Perdana dan dua-dua (Felcra FC dan Penang FC) layak ke Liga Super selepas itu.

“Dan seterusnya di Liga Super tahun lepas, siapa sangka kita berjaya untuk berada di tangga tiga terbaik, jadi saya rasa saya sudah melakukan tugas yang baik di Malaysia dan nak ucapkan terima kasih kepada semua penyokong terutamanya di Penang, Selangor dan Felcra”, katanya.

Dalam pada itu, Endrick mengharapkan peluang yang lebih besar akan ada untuknya cuba menjaringkan gol bagi membantu Casagrande di bahagian hadapan walaupun striker import itu akan bergandingan dengan seorang lagi striker baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Apa yang penting adalah dia ingin sentiasa mencuba menghasilkan gol seperti mana yang dilakukannya saban musim untuk melakukan jaringan dengan 18 gol secara keseluruhan sejak 2018.

Saya menjaringkan lebih banyak gol (8 gol) pada musim 2020 berbanding tahun lalu di mana hanya empat gol sahaja dilakukan.

Tetapi sebenarnya tugas saya adalah untuk memberi peluang kepada striker seperti Casagrande untuk dia melakukan jaringan dan tahun lepas saya tidak banyak peluang sebab kami ubah sedikit corak bermain.

sumber:- HM

“Jadi, agak sukar untuk saya lebih dekat dengan Casagrande ketika perlawanan dan harap musim ini dapat bersama dengan lebih kerap untuk saya bantu dia dan striker lain,” katanya.