Sukan

Ronaldo dedah taktik licik rakan sepasukan mahu rampas posisi

Legenda Brazil, Ronaldo mendakwa bekas rakan sepasukannya, Romario membawanya ke parti sehingga 5 pagi supaya dia penat sekali gus mengambil tempatnya dalam kesebelasan utama.

Bekas striker Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid yang m3ledak 62 gol bersama Brazil itu beraksi selama 11 tahun dengan Romario antara 1994 hingga 2005.

Ketika berada dalam skuad yang memenangi Piala Dunia 1994, Ronaldo mengakui memang ada pengaruh negatif daripada Romario.

Saya banyak belajar daripada Romario dan Bebeto. Memang memberi inspirasi kepada saya walaupun Romario berperangai buruk kerana memaksa pemain muda membersihkan butnya dan membawa kopi.

Beberapa tahun kemudian pada 1997, saya sudah menjadi pemain penting dan memenangi Ballon d’Or.

Ketika kem persediaan untuk Copa America, Romario tiba-tiba berkata ‘siap sedia, kita akan keluar pada malam ini, jangan risau.’

Dia menyediakan tangga untuk memanjat dinding hotel dan ada teksi yang menunggu kami.

Kami pulang pada jam 5 pagi dan saya kepenatan pada sesi latihan.

sumber:- BH

“Saya faham yang Romario sengaja berbuat demikian supaya dapat mengambil tempat saya dalam kesebelasan utama,” tambahnya. – AGENSI