Sukan

Kehadiran Hafizul legakan penyokong

Status sebagai penjaga gol utama pasukan Perak sebelum ini bukanlah tiket kepada Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy memperoleh laluan mudah mengisi posisi berkenaan bersama pasukan baharunya Penang FC.

Sebaliknya, Hafizul mengakui laluannya bukannya mudah kerana tetap perlu bersaing dengan pemain lain bagi merebut posisi selaku penjaga gawang utama Penang FC.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk menjalani latihan bersama skuad Harimau Kumbang memandangkan kebanyakan sudah mengenali lama dan pernah beraksi bersama dalam satu pasukan.

Katanya, ketika ini dia perlu membuktikan kehebatannya untuk membolehkan namanya tersenarai dalam kesebelasan utama sebaik musim 2022 bermula.

saya lihat bukan mudah untuk mendapat tempat sebagai penjaga gol utama Penang FC kerana pemain lain juga hebat.

Walaupun, sebelum ini posisi berkenaan diisi Sam Somerville sebelum berhijrah ke Selangor FC namun saya perlu bersaing dengan dua pemain muda Khatul Anuar Md Jalil dan Shafiq Afifi Suhaimi.

Sekarang ini, terpulang kepada jurulatih untuk memilih siapa akan menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol utama Penang FC.

Sebagai pemain kita kena berikan yang terbaik,” katanya. Mengikut rekod, sebelum berhijrah ke Penang, Hafizul adalah penjaga gol utama Perak FC dan membuat sebanyak 96 penampilan bersama pasukan itu sejak 2016.

sumber:- HM

Kehadiran Hafizul ke Penang melegakan peminat pasukan Harimau Kumbang selepas penjaga gol utama mereka sebelum ini iaitu Somerville berhijrah ke Selangor FC.