Sukan

Sah buat kemunculan kembali

Bekas pemain Kelantan United dan Kedah Darul Aman FC, Syahrul Azwari Ibrahim kembali menyertai Melaka United FC selepas kali terakhir menyarung jersi skuad Hang Tuah pada 2018.

Bekas pemain Harimau Muda A dan B serta Johor Darul Ta’zim (JDT II) itu menjadi taruhan terbaharu skuad Kancil selepas 10 pemain musim lalu dikekalkan manakala barisan lain termasuk import yang diumumkan minggu lalu.

Melaka United dalam kenyataannya mengucapkan selamat kembali kepada Syahrul Azwari sambil berharap ia bakal menyerlah kali ini.

“Pemain berusia 29 tahun yang sinonim beraksi di sayap kanan ini kembali berhijrah ke Melaka selepas bersama Kelantan United FC musim lalu dan Kedah pada 2019 dan 2020.

“Syahrul antara tonggak penting Melaka pada musim 2018 bersama Ifedayo Olusegun yang turut kembali menyertai skuad Hang Tuah musim ini. Semoga kehadiran semula Syahrul bakal memperkuatkan lagi cabaran pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya.

Sementara itu, Melaka United juga yakin dengan keupayaan penyerang muda, Harith Naem Jaineh yang kini menyertai kem latihan pusat skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan di Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

sumber:- HM

Harith antara 30 pemain yang dipanggil menyertai latihan selama dua minggu sebagai persediaan menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini.