Sukan

Lima Pemain sah dipanggil

Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney memanggil lima pemain baharu bagi menyertai kem latihan pusat menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini.

Pemain termasuk yang berada di dalam senarai bersedia iaitu K Thivandaran, Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Muhammad Najmuddin Akmal dengan mereka sudah memulakan latihan bersama skuad pada 27 dan 28 Januari lalu.

Dua lagi pemain baharu dari Negeri Sembilan FC, A Selvan dan N Javabilaarivin akan menyertai latihan bersama pasukan bermula hari ini.

Sebelum ini, Maloney memanggil 30 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula 27 Januari lalu bagi melakukan persiapan awal untuk menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022.

sumber:- BH

Skuad B-23 negara dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari ini bagi menghadapi tiga perlawanan Kumpulan B iaitu men3ntang Myanmar pada 15 Februari sebelum berdepan Laos dan Indonesia pada 18 Februari dan 21 Februari.