Sukan

Import Terbaharu Kedah bukan biasa-biasa

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya memuktamadkan senarai jumlah pemain lengkap dalam pasukan apabila mengikat pemain import, Marc Vales Gonzalez bersama skuad Hijau Kuning bagi mengharungi aksi Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC pada musim ini.

Kehadirannya di Alor Setar selepas menamatkan tempoh kuarant!n sudah dijangka dan dinantikan penyokong selepas banyak desas-desus yang mengaitkan dirinya dengan skuad KDA FC kerap berada di laman media sosial sebelum ini.

Berita pengumuman penyertaan Vales bersama KDA FC ini diumumkan secara rasmi oleh media KDA FC semalam sekali gus membuka fasa baharu buat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak yang dilihat mahukan pembaharuan dari segi taktikal dan corak permainan pantas pada musim ini.

KDA FC dengan ini mengumumkan pemain import baharu untuk musim 2022, Marc Vales Gonzalez.

“Dengan pengumuman ini, pasukan KDA FC kini melengkapkan senarai 30 pemain untuk musim 2022 dan Gonzalez mengisi slot pemain import kuota antarabangsa ketiga untuk skuad KDA FC.” katanya.

Pemain pertahanan berusia 31 tahun kelahiran Les Escaldes, Andorra ini boleh dianggap bukan ‘biasa-biasa’ kerana telah memiliki pengalaman beraksi di Sepanyol, Finland, Norway dan negaranya Andorra.

Pengalaman Gonzalez yang pernah berdepan pemain handalan dan ternama negara Eropah seperti Christiano Ronaldo, Kylian Mbappe, Harry Kane, Antoine Griezmann dan lain-lain ketika bersama skuad Andorra dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dan kelayakan Kejohanan Piala Euro sebelum ini boleh dianggap satu perkembangan yang cukup menarik buat naib juara Liga Super musim lalu itu.

Beliau memiliki 78 kap penampilan bersama skuad kebangsaan Andorra dan berpengalaman beraksi di liga Sepanyol menerusi skuad belia Real Madrid pada 2015 dan skuad kedua Ibiza, terdahulu pada 2009.

sumber:- HM

Melalui rekod cemerlang yang dicapainya dengan memenangi piala liga bersama kelab SJK Seinajoki di Finland pada 2016, Vales terus menyerlahkan kemampuannya bersama kelab Sandefjord Fotbal di Liga Norway sebelum memilih KDA FC di Liga M.