Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), beberapa pakar bola sepak tanah air dan dirinya sendiri untuk duduk bersemuka bagi memberi peluang kepada penyokong bertanya segala persoalan tanpa berselindung.
Bekas Presiden FAM itu turut mencadangkan tiga jurulatih termasuk bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, Bojan Hodak dan Lim Teong Kim sebagai antara individu yang boleh dipanggil untuk sesi bersemuka itu.
Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan langkah berkenaan sebagai jalan untuk memberi pemahaman terhadap segala isu yang dijelaskan beliau pada sesi temu bual di Dubai, kelmarin.
“Saya jawab point by point. Fakta. Jadi kalau susah sangat nak faham isu tersebut, jemput FAM, Teong Kim, Bojan Hodak, Tan Cheng Hoe, semua pakar bola Malaysia dan saya. Lontarkan soalan kepada kami dan lihat kami bercakap mengenai isu bola sepak malaysia. Mudah, be
Kita boleh duduk bersemuka dan memberi peluang kepada penyokong untuk bertanyakan soalan tanpa berselindung. Tak perlu nak putar belit cerita. Apa yang saya katakan pada temu bual tersebut adalah perancangan FAM kena jelas dan realistik serta FAM perlu telus dan ada engagement dengan penyokong dan media.
Berkenaan LTK (Teong Kim), saya ditanya pendapat mengenai LTK sebagai calon jurulatih pasukan kebangsaan yang baru. Jadi saya jawab dan memberi pendapat saya, termasuk gaji yang diminta untuk menjadi jurulatih pembangunan JDT. Kalau LTK nak menafikan, saya ada saksi.
“Akhir sekali kepada semua, jangan putar belit apa yg saya katakan. Lihat semula temu bual tersebut dan dengar apa yang dimaksudkan kerana benda itu semua tak susah untuk difahamkan. Kalau masih tak faham, selamat berjaya!,” katanya di Twitter, semalam.
Beberapa perkara diulas TMJ pada temu bual terutama berkenaan pasukan kebangsaan dengan beliau mendakwa terdapat kelemahan daripada Cheng Hoe menguruskan suasana bilik persalinan Harimau Malaya hingga wujud cerita bahawa ada pemain yang cuba ambil tugas jurulatih.
Semua kena bertangungjawab. Tapi untuk bilik persalinan, jurulatih yang kawal. Bagi saya jurulatih pun tak boleh lembut sangat. Takkan sampai saya dapat laporan atau saya dengar cerita ada pemain pula dekat papan putih tunjuk taktikal.
Benda itu tak berlaku di mana-mana pasukan dalam dunia, pemain pula tunjuk set pieces macam mana. Bagaimana benda itu boleh berlaku, itu pasal saya cakap kalau sudah macam itu, salah Tan Cheng Hoe.
“Jadi semua kena bertanggungjawab dalam isu ini, jangan semua sembunyikan tangan atau nak s3lamatkan kepala masing-masing,” katanya.
Selain itu, Tunku Ismail merangkap pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut mendakwa Teong Kim meminta gaji sehingga RM374,000 untuk berkhidmat sebagai jurulatih pembangunan Harimau Selatan.
sumber:- BH
Malah, pendedahan itu menjadi isu hangat apabila Teong Kim menafikan dakwaan itu dan berlaku ‘p3rang’ antara Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu dengan TMJ apabila kedua-duanya saling berbalas komen di media sosial.