Bekas pemain Persib Bandung Liga Indonesia, Omid Nazari menjadi pemain import terbaru skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
NSFC dalam satu kenyataan menjelaskan pemain berusia 30 tahun itu adalah bagi kuota ASEAN dan akan memperkuatkan jentera tengah skuad Hobin Jang Hobin.
Pemain kelahiran Sweden ini pernah beraksi di Liga Indonesia bersama pasukan Persib Bandung dari 2019 sehingga 2021.
“Dia membuat penampilan bersama Persib sebanyak 26 perlawanan dengan satu jaringan,” menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, pemain itu juga pernah mewakili kelab yang bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah iaitu Malmo FF.
Bekas pemain United City ini juga memiliki lima penampilan bersama skuad kebangsaan Iran.
sumber:- BH
Sebelum ini, NSFC sudah mengikat dua pemain import iaitu bekas pemain Sri Pahang FC, Herold Goulon, 33, dari Perancis dan seorang lagi, muka baharu di pentas saingan Liga M iaitu David Gordon Mawutur, 29, dari Ghana.