Sukan

Cara pelik Cheng Hoe

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui pelik dan ada unsur pilih kasih dalam soal pemilihan pemain yang di bawa ke Piala AFF di Singapura, bulan lalu.

Jelas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak boleh menyenaraikan muka sama dalam mana-mana kejohanan, ketika kelompok pemain terbabit sebenarnya kurang mendapat minit bersama kelab masing-masing dalam saingan liga tempatan.

Katanya, pemilihan pemain perlulah berdasarkan prestasi semasa meskipun tonggak yang dipilih itu bukanlah nama besar.

Saya mempersoalkan Tan Cheng Hoe, kenapa ambil Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad yang kurang minit perlawanan.

Tan Cheng Hoe berkata mereka adalah best player…dan semua best player ada dalam JDT. Tetapi mana-mana jurulatih dalam dunia akan mengambil pemain yang bermain secara regular

Saya mempersoalkan dalam senarai panggilan, kenapa sampai 15 pemain JDT? Takkan budak budak ini nak cuti enam hari, lepas tu lapor diri untuk pramusim.

“Oleh kerana demi pasukan kebangsaan, kita (JDT) lepaskan mereka…kerana itulah perhubungan yang kita ada dengan pasukan kebangsaan bekerjasama,” katanya.

Selain itu, Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap Cheng Hoe suka menurunkan pemain di posisi lemah.

Kemudian kamu ambil Baddrol Bakhtiar yang bermain di center midfielder, tetapi kamu mainkan dia di center defensive midfielder, kenapa?.

sumber:- BH

“Faisal Halim (pemain Terengganu FC) yang enam bulan main left wing. Bila masuk pasukan kebangsaan, dia main center midfielder. Macam mana kamu nak expect pemain ini mahu menyerlah,” katanya.