Sukan

Anak Dungun buktikan layak beraksi bersama Kelab Sepanyol

Nampak mudah namun hakikatnya cukup perit untuk bersaing dengan pemain lain seterusnya membuktikan bahawa layak beraksi bersama pasukan Bawah 23 tahun kelab divisyen kedua liga bola sepak Sepanyol iaitu kelab Segunda Division ES, Agrupacion Deportiva Alcorcon (AD Alcorcon).

Situasi terbabit diluahkan Pemain muda negara kelahiran Dungun, Terengganu iaitu Amar Makruf Shahruddin yang melihat segala hasil penat lelah sebelum ini menjalani rutin latihan yang cukup ketat berbaloi sekali gus ditawarkan kontrak profesional selepas 8 bulan beraksi bersama skuad B-23 tahun kelab itu.

Amar ketika dihubungi Arena Metro berkata, keistimewaan yang dimiliki membabitkan kepantasan dan kemahiran individu menyebabkan barisan kejurulatihan kelab terbabit mengikatnya.

Katanya, persaingan membabitkan pemain lain cukup sengit terutama membabitkan pemain Eropah yang mempunyai fizikal besar dan cukup pantas.

Saya boleh katakan cukup mencabar kerana saya antara pemain yang paling muda iaitu berusia 19 tahun manakala rakan sepasukan pula kebanyakannya 22 dan 23 tahun.

Kualiti yang dipamerkan setiap pemain pula adalah sangat baik sekali gus menuntut saya bekerja keras untuk memikat barisan kejurulatihan.

“Perkara penting adalah mengetahui keistimewaan yang dimiliki oleh diri dan praktikan corak latihan sebaik mungkin untuk berada pada tahap lebih baik daripada pemain lain,” katanya.

Sebelum itu, pemain terbabit menjadi perbualan ramai apabila ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional bawah 23 tahun AD Alcorcon.

Amar yang akan beraksi dengan skuad B-23 selama dua musim itu mendapat perhatian pencari bakat ketika bersama akademi The Next Generation Sports (TNGS) yang berpangkalan di Valencia, Sepanyol.

sumber:- HM

Dia nyata teruja apabila mendapat peluang untuk bermain di liga luar negara berkata beliau sepatutnya bersama kelab itu pada bulan Julai tahun lalu, namun gara-gara pand3mik, proses untuk ke sana berlarutan sehingga 2022.