Sukan

Akan ada jurulatih tempatan

Adakah pelantikan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya akan menutup ‘pintu’ kepada jurulatih tempatan untuk bersama skuad kebangsaan?

Ini kerana bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA) itu bakal membawa empat staf kejurulatihannya sendiri untuk membantunya dalam skuad kebangsaan selepas ini.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan ‘anak tempatan’ tidak akan dianaktirikan kerana mereka juga memainkan peranan penting bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Pan Gon.

“Memang dalam perancangan kita (lantik jurulatih tempatan untuk bantu Pan Gon). Kita akan buat perkara itu. Memang akan ada seorang daripada jurulatih tempatan akan berada di situ (skuad kebangsaan),” kata Hamidin.

Terdahulu, bekas pengendali skuad kebangsaan, B Sathianathan beranggapan Pan Gon memerlukan bantuan daripada seorang lagi pembantu jurulatih tempatan walaupun dia sudah membawa empat pembantunya termasuk penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, jurulatih kecergasan dan juruanalisis.

Katanya, bantuan jurulatih tempatan pasti akan melicinkan tugas Pan Gon bersama skuad kebangsaan apatah lagi untuk mengharungi misi besar pada Kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Bagi memudahkan dia (Pan Gon), dia mesti ada seorang penolong jurulatih tempatan yang berkelayakan. Seorang yang ada sijil tinggi dan ada pengalaman mendalam serta boleh memberi gambaran yang sebetulnya mengenai pemain, budaya, cara permainan dan latar belakang pemain.

Jika tidak, dia (Pan Gon) perlu ambil masa lebih lama. Dulu masa Karl-Heinz Weigang, dia berjaya pergi ke Olimpik sebab bantuan dari penolong jurulatih tempatan.

Walaupun dia (Weigang) ada bawa jurulatih kecergasan dari Jerman, tapi banyak bergantung kepada jurulatih tempatan yang mana ramai orang tidak tahu. Datuk Mohamad Bakar juga ada bantu Weigang.

sumber:- HM

“Saya sudah bekerja dengan tujuh jurulatih import, saya tahu kalau mereka buat andaian sendiri akan ambil masa. Saya fikir FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) pun akan tegaskan benda ini, FAM mungkin ada perancangan untuk letak seorang jurulatih tempatan,” katanya kepada BH Sukan.