Sukan

Selangor FC dapat pengganti setaraf

Selangor FC tidak goyah kehilangan tonggak utama apabila mendapat pengganti yang setaraf sekali gus mampu membantu pasukan mencipta keputusan positif sebaik Liga Super membuka tirai awal Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, kehadiran pemain baharu Quentin Cheng mampu mengalas cabaran ditinggalkan Muhammad Syahmi Safari yang berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah, beliau berkata, jentera s3rangan pasukan juga boleh dikatakan cukup meyakinkan dengan kehadiran dua pemain import baharu selain turut diperkuatkan lagi dengan kebolehan Shahrel Fikri Md Fauzi untuk mer0bek kubu lawan.

Saya yakin dengan pemain yang kita bawa masuk. Walaupun kehilangan Syahmi namun kita ada Quentin yang menunjukkan prestasi cukup baik pada musim lalu.

Kerjasama pemain baharu dan lama akan dapat menghasilkan jumlah gol yang sama atau lebih daripada musim lalu.

“Walaupun kekosongan yang ditinggalkan pemain berkenaan boleh dikatakan cukup besar namun kita pun dapat pemain yang bagus untuk posisi terbabit,” katanya.

Terdahulu, Syahmi yang masih mempunyai kontrak sehingga 2023 dilepaskan lebih awal bagi membolehkan dia menyertai skuad Harimau Selatan.

Rodney Calvin pula sah menjadi pemain tetap KDA FC selepas pemain pertahanan berdarah kacukan Malaysia-Ghana itu mengikat kontrak selama dua musim.

sumber:- HM

Selain itu, penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun ke Melaka United FC bagi mengharungi musim 2022.