Sukan

Kedah bedal 9-0

Skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tampil garang pada aksi pramusim apabila menewaskan juara Liga Bola Sepak Sosial 2021 MADA FC 9-0 petang semalam.

Ia perlawanan persahabatan pertama selepas KDA FC hampir melengkapkan senarai 30 pemain untuk menghadapi Liga Malaysia dan Piala AFC musim ini.

Syafiq Ahmad mel3dak hatrik manakala enam gol lagi menerusi striker import baharu Ronald Ngah dengan dua gol manakala Fayadh Zulkifli, Rodney Celvin, Khairu Azrin dan Afeeq Iqmal masing-masing menjaringkan satu gol.

Menurut ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak, misi perlawanan ‘pemanas badan’ pertama di padang MADA itu sebagai persiapan menyesuaikan diri dalam kalangan pemain serta bagi memastikan pasukan baru dibentuk musim ini berada pada landasan yang dirancang.

Ini satu permulaan bagus untuk semua pemain ketika pasuka baru dibentuk ini sedang berusaha mencari rentak persefahaman terbaik antara mereka. Jumlah besar jaringan memberi motivasi buat semua pemain yang bersungguh-sungguh membina momentum.

“Namun saya juga mahu memberi ruang serta fokus kepada keserasian posisi semua pemain yang digabungkan pada musim ini. Selain itu saya juga mahu mengenalpasti setiap kelemahan dan kelebihan perlawanan ini dapat digunakan untuk perancangan seterusnya bagi memastikan misi pasukan berada pada landasan tepat.” katanya.

Untuk aksi pramusim berikutnya, KDA FC bakal men3ntang dua lagi pasukan iaitu skuad B-21 Kedah dan Respect FC pada esok dan 30 Januari di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok sebelum meneruskan beberapa siri perlawanan lain di luar Kedah.

sumber:- HM

Dalam perkembangan sama, skuad Hijau Kuning juga sudah mengumumkan 29 pemain dan kini hanya menanti seorang lagi pemain import antarabangsa yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat bagi menjadikan keseluruhan 30 pemain musim ini.