Sukan

Skuad JDT sudah lengkap

Pemain kelahiran Mali, Moussa Sidibe menjadi pemain terbaru yang direkrut Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Kehadiran pemain sayap berusia 27 tahun itu diumumkan Harimau Selatan, malam tadi dengan dia dilaporkan sudah melaporkan diri bersama skuad itu yang kini sedang melakukan persiapan pasukan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sidibe juga melengkapkan senarai pemain import JDT selepas juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu mengumumkan Fernando Forestiieri, Bienvenido Maranon, dan Carli de Murga sebagai pemain import baharu mereka sebelum ini.

Walaupun dilahirkan di Bamako, Mali, Sidebe yang bersama kelab Costa Brava secara pinjaman Ponferradina musim lalu dikatakan berhijrah ke Sepanyol sejak usia 12 tahun.

Usaha JDT mengikat ramai pemain import baharu menyaksikan skuad Harimau Selatan tampak lebih serius mengejar kejayaan khususnya di ACL dan mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Selain pemain import baharu, Harimau Selatan juga mengekalkan Mauricio dos Santos, Shane Lowry, Leandro Velasquez, dan Bergson da Silva manakala melepaskan Gonzalo Cabrera dan Syahrian Abimanyu.

sumber:- BH

JDT ketika ini berada di Dubai yang mana mereka akan mengharungi beberapa aksi persahabatan men3ntang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC.