Sukan

Perlu beri perhatian — Maloney

Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara tidak boleh mendabik dada menjelang Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini.

Menurut pengendali pasukan, Brad Maloney, peningkatan mendadak beberapa pasukan di rantau Asia Tenggara ketika ini harus diberi perhatian dengan masing-masing mempunyai program pembangunan yang baik.

Mungkin di atas kertas kejayaan skuad kendalian Maloney layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada Jun ini dianggap pilihan di Phnom Penh nanti, namun tidak buat jurulatih negara yang berasal dari Australia itu.

Baginya, pemain negara harus kekal fokus dan tidak mudah putus asa bagi memastikan cabaran negara di Kejuaraan AFF nanti membuahkan hasil positif.

Setiap negara di rantau ini sudah menunjukkan peningkatan dan tiadanya lawan yang mudah. Kebanyakan pasukan juga sudah mula mencari atau membawa pemain-pemain yang bermain di luar negara seperti di Eropah, Jepun ataupun United Kingdom untuk kuatkan pasukan.

“Sudah tentu dengan kehadiran pemain-pemain dari luar ini, ia dapat memperkukuhkan pasukan masing-masing dan kita perlu fokus dalam setiap perlawanan,” katanya kepada Arena Metro.

Semalam, Maloney mengumumkan senarai 30 pemain untuk latihan pusat skuad B-23 yang dijadual bermula Khamis ini sebagai persediaan sebelum ke Phnom Penh pada bulan depan.

Daripada 30 pemain itu, beliau hanya mengekalkan sembilan pemain daripada skuad yang mencipta kejayaan layak ke pusingan akhir Piala Asia di Uzbekistan pertengahan tahun ini selepas mengungguli peringkat kumpulan kelayakan di Mongolia, pada November lalu.

Malah, nama tonggak berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal turut disenaraikan kali ini bagi mengisi ketiadaan tiga pemain utama yang diketepikan iaitu Luqman Hakim Shamsuddin, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Arif Aiman Hanapi daripada senarai panggilan terbabit.

Di Phnom Penh nanti, skuad negara diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan, Indonesia selain Myanmar dan Laos.

Untuk format saingan kali ini, hanya tiga juara kumpulan dan satu pasukan naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir.

sumber:- HM

Ia sekali gus menggambarkan bahawa laluan skuad negara cukup sukar di kala Indonesia dilihat sebagai anc@man terbesar dengan masing-masing mensasarkan untuk muncul juara kumpulan bagi menjamin tiket ke peringkat seterusnya.