Dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamad Fadhli Shas dan Muhammad Syazwan Andik menjadi taruhan terbaharu Melaka United FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Melaka United dengan Fadhli dan Syazwan akan bersama skuad Hang Tuah secara pinjaman daripada skuad Harimau Selatan.

Semoga dengan kehadiran kedua-dua pemain ini dapat dimanfaatkan bagi menguatkan cabaran Melaka United musim ini,” umum kelab itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Fadhli Shas yang bermain di posisi pertahanan adalah antara tonggak utama skuad Harimau Muda A dari 2009 hingga 2014 sebelum menyertai JDT pada 2014 selain membuat lebih 50 penampilan buat skuad kebangsaan.

Justeru, pengalaman dimiliki pemain berusia 31 tahun itu menjadi sandaran utama Melaka United terutama dalam memperkukuhkan lagi benteng pertahanan skuad itu.

Sementara itu, Syazwan yang boleh bermain di bahagian pertahanan kiri dan sayap adalah produk Harimau Muda B dan pernah membuat 18 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Pemain berusia 25 tahun itu pernah bersama pasukan Kuala Lumpur pada 2018 sebelum ke JDT setahun selepas itu dan musim lalu beraksi buat JDT II.

sumber:- BH

Berita perpindahan dua pemain itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana JDT sebelum ini sudah memaklumkan bahawa kelab itu akan meminjamkan beberapa pemainnya ke pasukan lain.