PEMAIN berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal sekali lagi mendapat peluang untuk membuktikan kehebatannya bersama pasukan negara.

Beliau antara 30 pemain dipanggil Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Brad Maloney untuk menyertai kem latihan pusat bermula 27 Januari ini sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja bulan depan.

Kali terakhir pemain tengah berusia 20 tahun itu menyertai kem latihan pusat pasukan negara adalah bersama skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan kendalian Maloney pada Ogos 2020.

Daripada 30 pemain itu, Maloney hanya mengekalkan sembilan pemain daripada skuad yang mencipta kejayaan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 selepas mengungguli saingan kumpulan pusingan kelayakan di Mongolia tahun lepas.

Sembilan pemain itu adalah Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Muhamad Shafi Azswad Sapari, Muhammad Faiz Amer Runnizar, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Azhad Harraz Arman, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, T Saravanan dan Mohd Aiman Afif Md Afizul.

Striker muda sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin yang bermain untuk kelab Liga Belgium KV Kortrijk bagaimanapun tidak berada dalam senarai 30 pemain dan juga senarai pemain yang diminta bersedia dipanggil pada bila-bila masa.

Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari depan sebelum memulakan kempen kejuaraan men3ntang Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Prince pada 15 Februari.

sumber:- SH

Anak buah Maloney kemudian akan berdepan Laos pada 18 Februari di venue sama dan bertemu Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Februari.