Sukan

Sindiran Jaguh Dunia

PEMAIN perseorangan nombor satu dunia, Viktor Axelsen terkilan nasib yang menimpa pemain negara yang juga bintang nombor tujuh dunia Lee Jii Zia.

Juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 berusia 24 tahun dari Denmark itu menggunakan analogi bagi menggambarkan situasi yang terpaksa diharungi pemain berusia 23 tahun dari Alor Setar berkenaan.

Bayangkan diri anda berasa tidak gembira di tempat kerja dan mahukan perubahan.

Anda pergi berjumpa bos anda bagi memberitahu mahu berhenti kerja bagi mencari cabaran baharu.

“Bagaimanapun bos anda yang kurang senang tindakan itu menggunakan kuasa termaktub bagi menggantung sebarang permohonan untuk jawatan berkaitan, anda hanya perlu tunggu dan lihat,” ciapnya di Twitter.

Pada masa sama Axelsen menyifatkan tindakan terhadap Zii Jia sebagai sesuatu yang kurang wajar.

sumber:- SH

“Dengar betapa gilanya perkara ini. Ini tahun 2022. Adakah ini yang kita mahukan untuk sukan kita?” ujarnya lagi.