Sukan

Masih belum jelas

Siapakah yang patut bertanggungjawab atas kempen mengecewakan skuad Harimau Malaya pada kempen Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, penghujung tahun lalu?

Mungkin inilah perkara yang begitu dinantikan khususnya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan selepas hasil b3dah siasat yang dilakukan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya selesai dibentangkan kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Dell Akbar Khan mengakui memang wujud pelbagai kekurangan sehingga mengakibatkan skuad kebangsaan ‘tersembam’ di pentas AFF, sekali gus menuntut badan induk itu mengambil tindakan sewajarnya.

Namun Dell yang juga bekas Setiausaha Agung FAM itu menjelaskan semua pihak perlu dipertanggungjawabkan atas kegagalan skuad kebangsaan itu kerana tugas mereka bukanlah untuk menentukan siapa yang betul ataupun siapa yang bersalah.

Terma saya bukan untuk katakan siapa yang betul atau siapa yang salah. Saya bukan mahkamah tetapi perkara ini (kegagalan skuad kebangsaan) perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan tengok secara ‘in silo’.

Ketua jurulatih perlu bertanggungjawab, barisan pengurusan pun perlu bertanggungjawab atas kelemahan ini, pemain juga jadi banyak pihak terbabit. Kita tidak boleh pecahkan tanggungjawab kepada sesetengah pihak.

Kita tidak boleh kata jurulatih tanggung beberapa peratus, pengurus (tanggung) sedikit dan pemain pun. Kita tidak boleh buat begitu kerana ia perlu dilihat secara kolektif.

“Pada saya, jawatankuasa tidak melihat kepada sesuatu faktor yang menyumbang (kepada kegagalan) dan kemudiannya ditujukan kepada sesuatu pihak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, percanggahan pendapat antara bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai senarai pemain yang boleh dipanggil menyebabkan isu terbabit sukar untuk diselesaikan.

Berdasarkan kepada Tan Cheng Hoe, beliau tidak mendapat pemain utama yang diinginkan namun apabila bertanya kepada Presiden (Hamidin), jurulatih boleh panggil siapa sahaja yang diingini.

Dekat sini, saya tidak boleh sahkan kenyataaan ini. Jadi saya hanya boleh membuat laporan berdasarkan apa yang diterima. Saya sudah kemukakan kepada FAM supaya perlunya ada laporan terperinci dikemukakan selepas setiap pertandingan.

sumber:- BH

“Laporan penuh teknikal perlu dibuat supaya dapat menjadi panduan dan asas kepada apa jua siasatan ataupun badan yang hendak ditubuhkan bagi melihat mana mana kepincangan,” katanya.