Potensi yang dimiliki skuad Harimau Malaya dilihat menjadi ‘magnet’ sehingga berjaya menarik minat pengendali baharu skuad kebangsaan, Kim Pan Gon untuk menyertai projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Memetik laporan daripada media Korea Selatan, Dong A Ilbo, Pan Gon mengakui sudah tiba masanya untuk dia kembali ‘terjun’ ke arena kejurulatihan selepas bertugas sebagai pengarah pasukan kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA).

Memandangkan saya merasakan sudah memenuhi misi kecil saya sebagai pengerusi jawatankuasa, saya fikir inilah masa yang tepat untuk kembali ke padang sebagai jurulatih.

“Saya mengambil maklum mengenai potensi kemajuan skuad kebangsaan Malaysia dan visi mereka. Jadi saya membuat keputusan untuk berhijrah ke Malaysia bagi mendapatkan cabaran baharu,” kata jurulatih berusia 52 tahun itu.

Kehadiran Pan Gon ke Malaysia menyaksikan tiga jurulatih dari republik itu kini berkhidmat di rantau ASEAN selain Park Hang Seo bersama Vietnam dan Shin Tae Yong di Indonesia.

Sekalipun diumumkan secara rasmi bagi menggantikan Cheng Hoe namun Pan Gon masih memiliki baki tugasan bersama skuad ‘Taeguk Warri0rs’ itu.
Dia masih bersama pasukan untuk perlawanan ketujuh dan kelapan menentang Lubnan dan Syria pada 27 Januari dan 1 Februari ini.

sumber: BH

Sebelum ini, Pan Gon pernah bersama Hong Kong pada 2012 hingga 2017 sebelum kembali bersama skuad kebangsaan Korea Selatan untuk tugas koordinator pada 2018.