Sukan

Umum pengganti Tan Cheng Hoe

TEKA-teki siapa pengendali baharu skuad Harimau Malaya bakal terjawab selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Jumaat.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka mengumumkan pengganti bekas pengganti Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam satu sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Badan Siasatan Bebas Harimau Malaya, Datuk Dell Akbar Khan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar yang memberitahu laporan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya telah siap sepenuhnya.

Selain daripada kita akan membentangkan laporan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya dan sesi soal jawab bersama presiden, kita juga akan umumkan jurulatih baharu pada esok (Jumaat).

Tapi saya tidak boleh beritahu lebih lanjut mengenai jurulatih baharu pasukan kebangsaan.

Apa-apa pun FAM akan umumkan esok (Jumaat), katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Sejak Cheng Hoe melepaskan jawatannya pada awal bulan ini, timbul pelbagai sp3kulasi mengenai calon yang bakal membimbing skuad Harimau Malaya.

sumber:- SH

Beberapa calon dari dua buah negara gergasi Asia – Korea Selatan dan Jepun dilaporkan menjadi pilihan FAM kerana mahu menerapkan elemen disiplin yang tinggi dalam skuad kebangsaan.