Sukan

Harap boleh beri masa

Mengulas pelantikan Kim Pan-gon selaku pengendali baru Harimau Malaya, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan, menganggap ianya sebagai satu tindakan tepat kerana karakter jurulatih yang tegas mampu membentuk skuad berdisiplin.

Sathianathan turut mengakui bahawa pelantikan dua tahun itu relevan kerana ianya merupakan tempoh penilaian buat jurulatih berusia 53 tahun itu.

Jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon, telah diamanahkan untuk mengetuai pasukan bola sepak kebangsaan.

Pelantikan pakar taktikal berusia 52 tahun itu, yang menghabiskan sebahagian besar karier kejurulatihannya menguruskan pasukan Hong Kong, disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin, sebentar tadi.

Kim menandatangani kontrak dua tahun serta tambahan lagi dua tahun untuk memimpin skuad kebangsaan diperkuatkan dengan empat jurulatih baru namun persoalan mula timbul apabila tiada KPI yang khusus diletakkan kepada pengendali dari Korea Selatan itu.

Sathianathan berasakan ia merupakan satu keputusan yang tepat dalam memastikan perkembangan dan pembentukan skuad yang lebih baik bagi masa akan datang.

“Saya mengenali Pan-gon daripada tahun 2004 dan dia telah melatih kelab serta skuad kebangsaan Hong Kong. Perwatakannya cukup tegas dan mampu membentuk skuad disiplin. Dia juga pernah membantu Hong Kong mengatasi Malaysia ketika dibimbing oleh Nelo Vingada,” kata Sathianathan.

sumber:- SA

“Sepatutnya dia diberikan masa selama dua tahun kerana dapat menghasilkan satu perbezaan. Jika dia berjaya membawa skuad kebangsaan ini ke tangga 10 terbaik Asia kira dia adalah ‘Superman’.”