Sukan

Wajar tidak melayan ‘permintaan istimewa’ bapa

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu melupakan khidmat Jaami Qureshi selepas pemain remaja yang berpangkalan di England itu memilih untuk mewakili Iraq.

Beliau menganggap tindakan badan induk itu tidak melayan ‘permintaan istimewa’ daripada bapa pemain berkenaan, Perviz Qureshi sebagai satu tindakan yang wajar demi mengelak muncul masalah berbangkit pada masa akan datang.

Ia susulan FAM mendedahkan Perviz mahu Jaami diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal daripada jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun, Brad Maloney ketika itu.

Kita nampak FAM sudah berusaha. Itu tak wajar (permintaan Perviz), kalau kita nak panggil doktor sekali pun, walau dia sudah lulus sebagai doktor yang bagus, kita tetap kena buat temu duga dan melakukan penilaian.

Ini bola sepak, penilaiannya lagi tinggi diperlukan dan jurulatih mesti kena tengok juga (kemampuan pemain itu). Jadi, wajar FAM tetapkan proses itu kerana kita tak nak nanti kalau ambil tanpa buat penilaian, FAM dipersalahkan lagi,” kata Azlan kepada BH Sukan.

Nama Jaami hangat dalam arena bola sepak Malaysia selepas dia dilaporkan memilih untuk mewakili Iraq dengan ada segelintir peminat menyalahkan FAM kerana terlepas khidmat pemain itu.

FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar bagaimanapun tampil menjelaskan badan induk itu sudah berusaha untuk membawa pemain kacukan Malaysia-Iraq itu untuk mewakili skuad bawah 19 tahun, namun tidak berjaya.

Malah, pada 10 Julai tahun lalu, Mohd Saifuddin menjelaskan Perviz menyatakan keberatan membenarkan Jaami pulang ke tanah air disebabkan tempoh kuarant!n yang panjang tetapi mencadangkan FAM memulakan proses dokumentasi kewarganegaraan anaknya selain bapa pemain itu juga keberatan mengizinkan FAM mengirim kakitangan teknikal untuk menilai kemampuan Jaami.

Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM tidak berkompromi dalam mematuhi peraturan, garis panduan dan undang-undang kerajaan berhubung proses kuarant!n berkaitan C0VID-19 serta taraf kerakyatan untuk mana-mana individu bagi semua peringkat umur pasukan kebangsaan.

Sementara itu, bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan turut menyifatkan Jaami yang beraksi bersama Akademi Brighton & Hove Albion mempunyai alasan tersendiri tidak memilih mewakili Malaysia.

Saya pun tak berani nak cakap kerugian untuk kita atau tidak kerana kita pun tak tahu apa punca dia. FAM pun ada memberikan penjelasan dan dia pun mungkin ada sebab dia sendiri.

sumber:- BH

“Kalau ikutkan sebagai individu, pemain berhak untuk tentukan ke mana dia nak pergi. Jadi kita profesional, kalau dia selesa main di tempat yang lain, kita tak boleh buat apa,” katanya.