Sukan

Lee Zii Jia sah tinggalkan BAM

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia telah menghantar surat peletakan jawatan dan akan bergerak secara profesional.

Difahamkan BAM akan mengeluarkan keputusan dan kenyataan rasmi pada Jumaat ini.Sehari selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, tampil menjelaskan mengenai spekulasi yang mengaitkannya untuk bergerak secara profesional.

Juara Kejohanan Seluruh England 2021 itu tidak lagi berselindung mengenai kemungkinan perkara itu akan berlaku.

Bagaimanapun, pemain nombor tujuh dunia itu menegaskan bahawa dia masih di bawah naungan BAM dan hanya menunggu keputusan daripada badan induk itu.

sumber:- astro

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, dia berkata: “Apa yang saya boleh cakap, saya bukan berada di tempat untuk memberikan komen mengenai perkara ini.