Sukan

Sah sambar import Brazil

Jentera s3rangan Selangor FC bakal menyaksikan corak permainan ‘ala samba’ apabila menyambar seorang lagi pemain import dari Brazil untuk memperkuatkan pasukan.

Walaupun identiti pemain Brazil berkenaan masih belum didedahkan namun individu berkenaan boleh dikatakan sudah semakin hampir menyarung jersi Gergasi Merah pada musim ini.

Mengesahkan perkara terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pemain import berkenaan akan menggalas cabaran di bahagian jentera s3rangan pasukan kelak.

Beliau berkata, perbincangan bersama pemain terbabit sudah berada di peringkat akhir dan jika tidak berhadapan masalah akan dibawa ke negara ini.

Kita akan mendapatkan seorang lagi striker dari Brazil dan ketika ini, kita sedang berada dalam proses akhir mengesahkan kontrak pemain itu.

Satu cabaran besar untuk menggantikan penjaring terbanyak tetapi jentera s3rangan yang ada, kita akan cuba sedaya upaya untuk mengisi kekosongan Ifedayo.

“Kita harap dengan kerjasama antara semua pemain yang ada, kita mampu untuk mendapatkan lebih banyak gol lagi,” katanya ketika ditemui pada Hari Jersi Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.

Difahamkan, pemain yang menjadi bvruan SFC itu adalah striker yang pernah beraksi bersama Atletico Mineiro, Hyuri Henrique.

Ketika ini, Selangor FC sudah menandatangani seorang pemain dari Brazil Herlison Caion de Sousa Ferreira yang akan mengemudi jentera s3rangan pasukan.

Terdahulu pada majlis terbabit, SFC turut melancarkan jersi baharu di laman sendiri untuk musim 2022 serta turut memperkenalkan dua import baharu mereka dari Jordan, Yazan Al Arab dan Baha’ Abdel-Rahman.

sumber:- HM

Selain itu, program lain turut dijalankan antaranya Klinik Bola Sepak, pertandingan sepakan penalti serta jualan daripada gerai penaja pasukan itu yang dibuka untuk penyokong yang menghadiri Hari Jersi Selangor.