Sukan

Tak sampai tiga hari TMJ berjaya selesaikan

Tak sampai tiga hari selepas ditegur oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tunggakan gaji yang sangkut sejak tiga bulan lalu akhirnya dapat diselesaikan pengurusan Melaka United semalam.

Hanya dengan satu pesanan whatsapp dari Tunku Ismail yang juga Penaung Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), tunggakan dari bulan Oktober musim lalu itu berjaya diselesaikan sekali gus melegakan pemain, pegawai dan bekas pemain yang dilaporkan sebelum ini menjadi m@ngsa bvruan pihak bank.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan PFAM di laman sosialnya, badan kebajikan pemain bola sepak tempatan itu mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

PFAM ingin menzahirkan jutaan penghargaan buat Penaung kami atas keprihatinan tanpa henti Tunku dalam hal ehwal kebajikan dan hak para pemain, dan yang terbaru, dalam isu menyelesaikan masalah tunggakan gaji para pemain Melaka United FC.

“Terima kasih di atas usaha Tunku yang memberikan makna besar buat kami para pemain,” kata PFAM.

Selain itu, PFAM berharap isu membabitkan Melaka United dijadikan iktibar dan tidak diulangi pasukan lain selepas ini.

PFAM ingin mengucapkan syabas buat pemain yang berani tampil untuk membuat laporan dan juga mengucapkan terima kasih ke atas pengurusan Melaka United yang diterajui oleh pemiliknya, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat dan KenTeam yang segera menyelesaikan isu ini.

PFAM percaya di bawah pengendalian Datuk Wira Justin selepas ini, perkara ini akan sentiasa diberikan perhatian bagi memastikan isu ini tidak akan berulang di masa akan datang.

“PFAM juga menggesa agar isu ini dijadikan contoh oleh semua pasukan agar segera peka dan menyelesaikan masalah berkaitan tunggakan gaji dalam kadar yang segera memandangkan para pemain sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pasukan”.

sumber:- HM
Dengan perkembangan ini, pasukan Melaka United dijangka terlepas daripada hukuman sekatan perpindahan pemain selepas Liga Bolasepak Malaysia pada Rabu lalu menamakan skuad Hang Tuah adalah antara dua pasukan selain Sarawak United yang berdepan hukvman itu jika gagal selesaikan tunggakan gaji pada 31 Januari ini.