Sukan

KDA FC tampil lebih pantas

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang sudah melengkapkan senarai barisan pemain tempatannya kini fokus menjadikan skuad lebih bertenaga dengan corak permainan lebih pantas berbanding musim lalu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC.

Ketua Jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, perubahan corak permainan pada musim ini dilihat berbeza berbanding musim lalu berdasarkan kemampuan skuad Hijau Kuning yang kini memiliki lebih ramai pemain muda dalam menerapkan corak s3rangan pantas atau ‘attack!ng football’ dalam pasukan.

Saya melihat pasukan baharu ini lebih bertenaga dan kita boleh lihat beberapa muka baharu antaranya dari pasukan Penang FC, Perak FC dan skuad Piala Presiden Kedah di mana mereka merupakan pemain muda yang bertenaga serta dilihat mampu menerapkan corak baharu bersama pemain import lain dalam pasukan.

Selain itu, mereka juga dahagakan kejayaan dan pencapaian berupa piala kejuaraan kerana sebelum ini mereka belum pernah memenangi kejuaraan bersama pasukan terdahulu.

Jadi kami membawa masuk pemain yang dilihat berbakat dan mahukan kejayaan bersama pasukan yang diwakili dan itulah yang kami lakukan. katanya yang memasuki hari kedua mengendalikan sesi latihan skuad Hijau Kuning.

Tambah Aidil lagi, misi untuk membentuk skuad baharu yang harmoni seperti musim lalu tetap ada cabarannya kerana setiap pembentukan baharu itu pastinya memerlukan masa untuk melihat hasil yang diidamkan.

Saya tidak nafikan cabaran besar yang perlu dilalui dalam melakukan perubahan terutama dalam tempoh yang singkat untuk menjadikan satu pasukan baharu itu bergabung dengan baik kerana setiap pelaksanaan itu akan mengambil masa, namun kita perlu mengadaptasikan perubahan itu dengan secepat yang boleh.

Saya menjangkakan dua atau tiga perlawanan permulaan nanti akan ada perbezaan. Ini kerana berbanding musim lalu, kita banyak mengekalkan pemain musim sebelum itu, sementara pada musim ini pula, lapan hingga sembilan pemain lama dalam kesebelasan utama sudah tidak lagi bersama pasukan.

“Jadi setiap musim pastinya membawa cabaran yang besar dan lebih sukar buat saya terutama apabila melihat pemain baharu bersama pasukan dengan jangkaan yang sentiasa tinggi untuk pasukan Kedah dan saya melihat perkara itu merupakan cabaran seterusnya buat saya dan pasukan.” katanya.

Antara pemain tempatan baharu yang diikat pada musim ini ialah Al Hafiz Harun, Khairu Azrin, Azmeer Aris dan Amer Azhar dari Penang FC, serta Amirul Azhan dari Perak FC.

Manakala KDA FC juga turut menyenaraikan pemain muda antaranya ialah Fikhri Zulkiflee, Afeeq Iqmal, Heshamuddin Ahmad, Kamil Akmal dan Fareez Fadzil dari skuad Piala Presiden Kedah.

sumber:- HM

Bagi pemain import pula, KDA FC bakal mengumumkan tiga lagi nama baharu dalam tempoh terdekat selepas memuktamadkan khidmat dua pemain import sebelum ini iaitu Jang Suk Won dari Korea Selatan dan bekas pemain Terengganu FC dari Ivory Coast, Dechi Marcel untuk musim ini.