Sukan

Brendan Gan kembali tambah sengat

Selangor FC dijangka tampil lebih menyengat musim ini apabila ‘jeneral’ tengahnya Brendan Gan kembali menyertai pasukan itu selepas berehat panjang akibat kans3r.

Pemain berusia 33 tahun itu disahkan menghidap kans3r t3stis dan menjalani pemb3dahan pada Jun tahun lalu yang menyaksikan dia terlepas aksi bersama Selangor dan Harimau Malaya.

Brendan mengakui sangat teruja untuk kembali menjalani latihan bersama Red Giants sambil mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk pasukan itu musim ini.

Ia sangat bagus untuk kembali terutama dengan Selangor. Ia akan menjadi musim yang menakjubkan, saya gembira dapat kembali ke padang latihan.

Perasaan yang hebat dapat kembali ke sini bersama-sama pemain lain dan jurulatih baharu. Tapi mereka tidaklah benar-benar baru kerana mereka sudah berada di sini sebelum ini dan kami sudah mengenali antara satu sama lain.

“Jadi ia masa yang menarik untuk datang ke padang latihan dan menjadi sebahagian daripada pasukan selain melihat pemain muda dari Selangor II yang sentiasa berusaha mendaki ke pasukan senior,” katanya.

Terdahulu, ketiadaan Brendan bukan sahaja dirasai pasukan Selangor, malah ia turut menjejaskan Harimau Malaya yang dilihat kekurangan kekuatan di bahagian tengah.

Selain itu, bekas pemain Kelantan dan Perak itu menganggap kegembiraan dapat kembali ke padang menjadi motivasi utama untuknya mendapatkan semula sentuhan selepas kira-kira enam bulan tidak beraksi.

sumber:- HM

“Cabaran demi cabaran sudah cukup memberikan motivasi kepada saya. Namun, saya juga akan terus memberikan motivasi kepada pemain lain dan memastikan mereka sentiasa bersedia untuk setiap latihan dan perlawanan,” katanya.