Sukan

Bojan Hodak dan Shukor Adan bimbing Skuad KL City

Tamat musim 2021 liga Malaysia dan saingan piala Malaysia musim lalu kini rata -rata peminat bola sepak Malaysia menantikan sepak mula musim 2022.

Pelbagai kenangan manis pahit yang dilalui namun semangat pemilik kelab dan setiap pemain terus mahu menunjukkan prestasi terbaik.

Musim 2021 bekas pemain kebangsaan dan juga pemain KL City, Muhammad Shukor Adnan berhasrat untuk bersara, tercapai.

Shukor telah mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak selepas pasukannya, KL City FC menjuarai Piala Malaysia 2021. Beliau akan terus menabur bakti dan berkongsi segala pengalaman yang beliau ada buat para pemain The City Boys bagi kemenjadian pasukan musim ini.

Beliau hari ini telah menandatangani kontrak baharu bersama KL City. Perkara itu dimaklumkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman rasmi Twitter miliknya.

Menurut ciapan Zulhelmi, Shukor akan kekal bersama KL City untuk menyertai barisan kejurulatihan. Shukor bersama Bojan Hodak dan jurulatih-jurulatih KL City yang lain akan membimbing skuad KL City yang bakal beraksi di pentas Asia tahun ini.

Dalam pada itu, pemain senior pasukan, Safee Sali dan Indra Putra belum mencapai kata sepakat dan dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan KL City FC jika masing-masing mendapat tawaran ke pasukan lain.

sumber – SM

Sementara itu Bojan Hodak yang dikaitkan sebagai calon Jurulatih Harimau Malaya masih lagi menjadi tanda tanya.